Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Michael Kuehner berkata, imej baharu itu menyediakan pengalaman runcit yang menarik dan selesa menggabungkan inovasi terkini serta moden.

“Kami ingin mengubah cara pelanggan berhubung dengan jenama Celcom mengikut keselesaan seperti suasana sosial sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam premis.

“Perkhidmatan runcit yang cemerlang ini juga mencerminkan imej korporat syarikat, serta berpotensi untuk menjana hasil jualan,” katanya ketika berucap memperkenalkan konsep baharu itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE