Beliau berkata, trend itu semakin berkembang bukan sahaja di Malaysia tetapi negara-negara maju yang lain seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Hong Kong dan Australia.

“Hartanah sedemikian mampu melonjak tinggi memandangkan ia mempunyai akses kepada pengangkutan dan kemudahan-kemudahan lain yang memberi ke­selesaan kepada pembeli mahupun penyewa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi yang membincangkan Lima Trend Bakal Ubah Pasaran Hartanah Selama-Lamanya Di Simposium Hartanah Utusan 2017 (SHU 2017) yang menampilkan 11 penceramah secara keseluruhan. Simposium kali ketiga itu dianjurkan bersama akhbar Utusan Malaysia dan MMC Sdn. Bhd. selama dua hari bermula hari ini.

Menurut Ahyat, sebagai pendatang baharu dalam dunia hartanah, perkara pertama yang perlu diutamakan ialah kaedah mencari ilmu me­lalui saluran yang betul.

Katanya, dengan kecanggihan teknologi me­-
nerusi telefon pintar, me-
reka boleh mendapatkan maklumat daripada portal hartanah, perkembangan ekonomi semasa, bantuan pandu arah kiblat (terutama bagi pembeli beragama Islam), jual beli rumah dan per­khidmatan kewangan.

“Satu aspek lagi ialah dari segi kenaikan nilai hartanah. Apatah lagi dengan situasi gaji tidak naik tetapi harga hartanah meningkat, dan perkara ini tidak boleh dielak­-
kan.

“Malah ada juga yang mempersoalkan adakah ketika ini tempoh yang sesuai untuk beli atau tidak. Dalam perkara ini, kita perlu fikir bahawa kita beli rumah untuk 20 hingga 30 tahun akan datang, bukannya fokus untuk hari ini sahaja,” katanya.