TNB dalam satu kenyataan memberitahu, sijil itu diperoleh setelah penilaian dibuat meliputi lima aspek antaranya kepimpinan dan organisasi, strategi dan polisi, warga kerja, sistem dan proses serta prestasi pengurusan.

“Pengiktirafan tersebut menjadikan TNBF sebagai organisasi perolehan terbaik dalam industri pembekalan komoditi dan sekali gus membantu menjana pendapatan daripada bisnes TNB yang tidak dikawal selia.

“Sijil itu disampaikan Ketua Pemasaran CIPS, Jon Soon kepada Pengarah Urusan TNBF, Zainal Abidin Shah Mahamood sambil disaksikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd., baru-baru ini,” katanya.

Tambah kenyataan tersebut, CIPS telah ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu dan merupakan badan profesional yang mendorong syarikat-syarikat perolehan untuk mempraktikkan amalan perolehan terbaik. - UTUSAN ONLINE