Ketua Negara Google Malaysia Marc Woo, berkata, selain anugerah tersebut, TNB juga berjaya membawa pulang anugerah untuk kategori ‘Iklan Penceritaan Format Panjang Terbaik’.

Katanya, filem pendek Hari Raya 2018 itu telah berjaya mencerminkan suasana rumah kampung semasa musim balik kampung, dilengkapi dengan kawasan halaman yang dipenuhi kereta dan sepupu kecil berlarian.

“Video sepanjang empat minit dan tujuh saat itu berjaya memikat hati para hakim dan penonton yang telah menonton iklan tersebut sehingga ke penghujungnya dan ia merupakan satu bukti kepada penceritaan digitalnya yang menarik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE