TM lancar pusat data tercanggih
Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob

Pengerusi TM, Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob berkata, pusat data tersebut berfungsi sebagai hab serantau bagi pelbagai kemudahan perkhidmatan disediakan syarikat telekomunikasi itu.

Katanya, antara perkhidmatan itu termasuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terurus, perkhidmatan Penyumberan Luar Proses Perniagaan (BPO), perkhidmatan awan dan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi.

“Pusat data ini dibangunkan dengan kos hampir RM300 juta dan merupakan pusat data tahap tiga, iaitu yang tercanggih dalam negara ketika ini.

“Ini bagi memenuhi keperluan pelanggan perniagaan di Malaysia dan rantau ASEAN terutama bagi keperluan ekonomi digital negara yang semakin meningkat,” katanya pada majlis pelancaran Pusat Data Iskandar Puteri TM ONE oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE