Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

TM jangka capex lebih tinggi 2017

 2

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Telekom Malaysia Berhad (TM) menjangkakan per­belanjaan modal (capex) lebih tinggi tahun ini dipacu pelaksa­naan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa Kedua (HSBB 2), Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB), sistem kabel dasar laut dan evolusi jangka panjang (LTE) sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, unjuran capex itu melibatkan kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan perolehan kumpulan bagi tahun kewangan 2017.

Katanya, TM mengunjurkan perolehan bagi tahun ini mencatat pertumbuhan antara 3.5 hingga empat peratus didorong oleh penggunaan peningkatan data, internet dan perkhidmatan multimedia.

“Tahun 2016 merupakan tahun yang menarik tetapi mencabar buat kumpulan dan kami akan terus memanfaatkan pelaburan strategik kepada Webe dan penyelesaian perniagaan TM bagi merealisasikan aspirasi konvergens dan Go Digital.

“Pelancaran perkhidmatan Webe pada September lalu merupakan detik penting kepada kumpulan, justeru kami menjangkakan kadar penembusan langganan Webe meningkat antara lapan hingga 10 peratus menjelang akhir tahun ini daripada keseluruhan pelanggan kediaman TM berbanding dua peratus ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman prestasi kewangan TM di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi TM, Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob dan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, TM mencatat pertumbuhan hasil sebanyak 2.9 peratus kepada RM12.06 bilion berban­ding RM11.72 bilion yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan amortisasi (EBITDA) meningkat 2.5 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya pada RM3.79 bilion disebabkan jumlah hasil yang lebih tinggi.

TM juga mencatat keuntu­ngan operasi kumpulan (perolehan sebelum faedah dan cukai - EBIT) sebanyak RM1.15 bilion, iaitu 8.2 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya berikutan kos operasi yang lebih tinggi dan kesan susut nilai lebih ketara bagi aset-aset WiMAX.

Keuntungan sebelum cukai (PBT) pula adalah lebih tinggi pada RM918.5 juta berbanding RM911.8 juta tahun sebelumnya manakala keuntungan bersih (PATAMI) meningkat 10.8 peratus kepada RM776 juta berbanding RM700.3 juta yang dicatatkan tahun kewa­ngan sebelumnya.

TM memperuntukan seba­nyak RM3.3 bilion capex yang mewakili 27.5 peratus daripada keseluruhan pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan 2016 yang digunakan untuk pertumbuhan pada masa akan datang.

Setakat 31 Disember 2016, TM mencatat liputan HSBB yang le­bih luas iaitu 2.23 juta port di seluruh negara, dengan kadar langganan keseluruhan seba­nyak 42.6 peratus dengan jumlah pe­langgan jalur lebar sebanyak 2.37 juta.

Bagi UniFi pula, sejumlah lebih 949,000 pelanggan telah diaktifkan setakat suku keempat 2016 dengan 79 peratus daripada jumlah itu melanggan pakej berkepantasan 10Mbps dan ke atas.

Webe Digital Sdn. Bhd. (Webe), merupakan anak syarikat milik penuh TM dan mula memper­kenal tawaran terhad pakej perkhidmatan pada satu kadar iaitu RM79 sebulan kepada pe­langgan baharu dan sedia ada berkuat kuasa 1 November 2016.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain