Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Timba ilmu saham, elak penipuan

AHMAD FAUZI ZAHARI (empat dari kanan), Abdul Aziz Ishak (empat dari kiri), Othman Mohamad (tiga dari
AHMAD FAUZI ZAHARI (empat dari kanan), Abdul Aziz Ishak (empat dari kiri), Othman Mohamad (tiga dari kiri) dan Zuraida Mohd. Zakaria (tiga dari kanan) bersama para penaja Simposium Saham Utusan 2017 di Dewan Besar Utusan Melayu, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Orang ramai perlu menimba ilmu dalam bidang saham untuk membantu mereka meraih manfaat dan menjana keuntungan daripada pasaran segmen berkenaan yang luas.

Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad berkata, apabila seseorang itu memiliki pengetahuan asas, mereka akan dapat mengelakkan daripada skim pelaburan haram atau sebarang penipuan.

Katanya, pelaburan saham sering kali dilihat sebagai satu perkara yang serius, malah tidak ramai orang Melayu yang berpengetahuan dalam urusan jual beli saham di Bursa Malaysia.

“Ini membuktikan bahawa ilmu adalah penting supaya masyarakat tempatan celik saham dan tidak terjebak dengan skim yang merugikan.

“Sebagai sebuah akhbar arus perdana berpengaruh, Utusan Malaysia berharap dapat memainkan peranan menyebarkan maklumat yang boleh mendidik pelabur generasi akan datang,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Simposium Saham Utusan 2017 di sini hari ini.

Simposium itu dianjurkan oleh akhbar Utusan Malaysia terbitan Kumpulan Utusan dan dibuka percuma kepada semua pembaca akhbar berkenaan.

Simposium berkenaan akan menjadi platform kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang te­pat serta senario terki­ni mengenai pasaran saham ter­masuk prosedur pembelian yang bijak.

Ia juga untuk memberi pendedahan, maklumat secara terperinci, penjelasan secara menyeluruh dan me­­­ningkatkan kemahiran dalam ka­langan rak­yat Malaysia berkaitan pasaran saham.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain