Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jawatankuasa pembaharuan cukai yang ditubuhkan oleh kerajaan telah dipertanggungjawabkan untuk mempelbagaikan pendapatan cukai dan membentuk satu sistem cukai lebih cekap, neutral dan progresif.

Beliau berkata, walaupun kerajaan berusaha mengukuhkan kedudukan kewangannya, kerajaan tidak akan masuk ke dalam “perangkap penjimatan”.

“Walaupun penting bagi kerajaan untuk berhati-hati dengan perbelanjaan kami, kami sama-sama menyedari bahawa kami tidak boleh jatuh ke dalam perangkap penjimatan,” katanya pada persidangan ‘Malaysia A New Dawn’ di sini hari ini.

Guan Eng berkata, maklumat lanjut mengenai cukai baharu itu akan diumumkannya pada pembentangan bajet 2 November depan. - UTUSAN ONLINE