Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sri Zukri Samat berkata, penyata imbangan TH kini semakin pulih berikutan TH telah selesai memindahkan kesemua ekuiti yang tidak berprestasi baik kepada syarikat tujuan khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. setakat 30 Disember 2018.

“Bagaimanapun, jumlah hibah itu akan bergantung kepada prestasi kewangan TH. Jangan letak harapan yang tinggi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE