Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed berkata, kerjasama itu sejajar dengan strategi syarikat untuk mengembangkan perniagaan bukan bahan api.

“Saya yakin pelanggan kami akan teruja dengan penambahan produk baharu di rangkaian Kedai Mesra.

“Kami mahu menjadikan Kedai Mesra sebagai sebuah pusat sehenti,” katanya ketika berucap dalam majlis pengumuman kerjasama strategik antara Loob, PDB dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di pusat beli-belah Mid Valley di sini hari ini.

Kerjasama itu turut menyediakan platform kepada para pelajar dan graduan daripada bidang berkaitan dalam mempelajari pengurusan kedai Tealive selain turut mewujudkan peluang pekerjaan. - UTUSAN ONLINE