Pengurus Pengurusan Jenama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Hazura Ahmad Halil berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai akan mendaftar menjelang acara tersebut Sabtu ini. selain sebila­ngan lagi akan datang secara terus.

Menurutnya, 500 peserta terawal itu akan menerima cende­rahati eksklusif berupa majalah terbitan Kumpulan Utusan, pakej spa, sebatang pen daripada Bursa Malaysia dan risalah khas saham.

Antara penaja yang memberi sumbangan termasuk PM Securities, Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (Pribumi), Shalsha Solutions (M) Sdn. Bhd., Jupiter Securities Sdn. Bhd., Bursa Malaysia, Hijabista dan Beyond Beauty.

“Di samping itu, dengan hanya bermodalkan RM10 peserta berpeluang merakam potret berkualiti bersaiz A4 secara individu ataupun bersama rakan-rakan di Mini Studio Utusan untuk dijadikan kenangan.

“Paling istimewa, sesi Group Coaching bersama Cikgu Saham turut diadakan bermula pukul 8 malam hingga 10 malam. Dengan bayaran sebanyak RM90, peserta bukan sahaja mendapat peluang tambahan mempelajari ilmu saham secara lebih dekat dan terperinci bahkan akan menerima tawaran eksklusif langganan Akhbar Digital Utusan percuma selama setahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Akhbar Utusan Malaysia terbitan Kumpulan Utusan akan menganjurkan Simposium Saham Utusan 2017 pada 9 September ini dan dibuka percuma kepada semua pembaca Utusan Malaysia.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai simposium tersebut boleh mendaftar secara dalam talian di http://bit.ly/simposiumsahamutusan2017 atau hadir terus ke meja urus setia pada hari tersebut untuk mendaftar.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Jabatan Pengurusan Jenama Kumpulan Utusan di talian 03-92324428/4431/4432.