Pengarah Eksekutif Tadmax, Datuk Noel John berkata, syarikat berkenaan akan kekal menjadi teraju utama konsortium menerusi syarikat tujuan khasnya (SPV), Tadmax Indah Power Sdn. Bhd. (TIP) bagi melaksanakan projek berkenaan yang dijangka siap pada tahun 2023. 


“JDA ini juga akan menyaksikan Kepco mengambil alih 25 peratus kepentingan dalam TIP bergantung kepada kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga. 


“Konsortium ini akan bekerjasama bagi menyediakan cadangan kewangan dan teknikal yang perlu dihantar kepada Suruhanjaya Tenaga menjelang 1 Ogos 2018,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE