Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, malah Tabung Haji juga turut memberikan Tambahan Bonus Haji sebanyak dua peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji meliputi 7.4 juta akaun pendeposit, menjadikan mereka mendapat bonus keseluruhan 8.25 peratus.

“Jumlah bayaran kedua-dua bonus pendeposit itu mencecah RM3.2 bilion dan yang tertinggi sejak tahun 1951

“Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan bonus pendeposit bermula 26 Januari ini,” katanya ketika Majlis Pengumuman Bonus Pendeposit Tabung Haji 2014 di Dewan Besar, Ibu Pejabat Tabung Haji, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE