LARS ERIK FREDRIKSSON

Pengerusi OECD, Lars Erik Fredriksson berkata, OECD mencadangkan supaya SOE mengikut piawaian perakaunan antarabangsa, mempunyai audit luaran, serta mengemukakan laporan tahunan dan suku tahunan.

“Di kebanyakan negara, rak­yat berharap semua maklumat berkaitan SOE atau GLC dapat diakses oleh orang awam, sama seperti yang dilakukan oleh syarikat-syarikat tersenarai.

“Persoalannya sekarang ialah mengapa ada segelintir GLC yang menyembunyikan maklumat da­-
ri­pada pengetahuan orang ramai?,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat ke-10 Rangkaian OECD-Asia mengenai Tadbir Urus Korporat SOE yang bertemakan ‘Menguruskan risiko dan mempromosikan integriti pernia­gaan dalam sektor perusahaan milik negara’.

Mesyuarat itu menghimpunkan 45 wakil dari 13 negara di Asia yang terdiri daripada wakil-wakil kerajaan yang bertanggungjawab untuk pengawasan dan pemantauan SOE.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Idea), Wan Saiful Wan Jan.

Fredriksson berkata, berdasarkan data yang diperoleh OECD pada tahun 2010, syarikat GLC Malaysia menyumbang hampir 15 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan lima peratus kepada peluang pekerjaan di negara ini.

Sementara itu Wan Saiful berkata, walaupun usaha-usaha untuk mentransformasikan GLC telah menunjukkan hasil yang positif, banyak perkara perlu dilakukan untuk memastikan syarikat GLC terus maju.

“Peraturan di bursa saham ketika ini sebenarnya agak ketat, dan kita tidak perlu bimbang tentang GLC tersenarai, yang menjadi isu adalah syarikat-syarikat GLC yang tidak tersenarai. Bagaimana kita mahu melihat perkembangan mereka?,” katanya.