Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, syarikat itu merancang membina loji berkenaan membabitkan dua fasa yang sekali gus bakal membuka kira-kira 2,200 peluang pekerjaan.

“Amin Bio adalah sebuah syarikat yang berkembang dengan sangat baik selain mereka berkembang pesat dalam memanfaatkan pasaran dunia berkaitan produk halal.

“Mereka memerlukan bantuan Malaysia sebagai pemudah cara supaya projek berkenaan dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya dalam sidang akhbar selepas pulang dari lawatan kerja ke China bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.

“Amin Bio adalah sebuah syarikat yang berkembang dengan sangat baik selain mereka berkembang pesat dalam memanfaatkan pasaran dunia berkaitan produk halal.

“Mereka memerlukan bantuan Malaysia sebagai pemudah cara supaya projek berkenaan dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya dalam sidang akhbar selepas pulang dari lawatan kerja ke China bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE