Timbalan Menterinya, Chong Cheing Jen menjelaskan, keputusan tersebut dibuat setelah kajian terperinci dijalankan dan satu sidang akhbar khas akan diadakan untuk mengumumkan perkara tersebut.

“Kita sudah ada keputusan namun pengumuman sama ada KRIM 2.0 diteruskan atau tidak hanya akan diumumkan dalam sidang akhbar tersebut.

“Pengumuman itu akan dibuat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam masa terdekat,” katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan kerjasama di antara pasar raya KK Mart dengan Touch n Go e-Wallet, di sini hari ini.

Menerusi kerjasama tersebut, pelanggan di pasar raya KK Mart boleh berbelanja menggunakan teknologi bayaran tanpa tunai e-Wallet atau dompet elektronik. - UTUSAN ONLINE