Segala konfigurasinya adalah selari dengan keperluan dan kehendak pengguna terutama generasi muda. Oleh itu sebelum menjalin sebarang kerjasama, OPPO memastikan ia melalui penilaian yang ketat supaya dapat menyediakan lebih nilai kepada pelanggan.

oppo
oppo 

Oppo F9 x Shiseido Starry Purple edisi terhad ini merupakan kerjasama antara Oppo F9 dengan Shiseido yang berdasarkan kepada visi ini dengan sasaran kepada pengguna yang dimiliki oleh kedua-dua jenama ini, serta semangat mengungguli inovasi dan reka bentuk terkini.

Lagi pula, personaliti kedua-dua jenama telah mewujudkan asas untuk kedua-duanya berkolaborasi. Ini selari dengan personality Shisheido itu yang menawarkan kecantikan berbeza hasil produk yang dihasilkan dengan sepenuh jiwa yang pasti akan menyentuh sanubari pengguna.

Berdasarkan prinsip inilah, maka Oppo memutuskan untuk bekerjasama dengan Shisheido yang merupakan satu jenama dengan aspirasi memberikan kebahagiaan berterusan kepada penggunanya iaitu memastikan pelanggan sentiasa puas apabila menggunakan produk mereka.

Ini ditambah pula dengan budaya yang menjadi amalan di Shiseido iaitu ikhlas dan terbuka serta sentiasa percaya kepada kebebasan dan bersedia untuk mencabar pemikiran tradisi.

Kerja keras dan sentiasa bersyukur merupakan satu lagi personaliti cemerlang yang memikat Oppo untuk bekerjsama dengan Shisheido.

shiseido
Produk berkualiti dari Shiseido. 

Tahun ini, Shisheido telah memperbaharui semua koleksi dan menggantikan sepenuhnya koleksi produk solekan sebelum ini untuk menyesuaikan dengan aliran masa kini.

Hal yang sama dilakukan OPPO. Sejak pelancaran edisi penuh revolusi Find X, kepada OPPO, telefon pintas bukan sekadar telefon pintar sahaja, ia merupakan koleksi seni. Sebab itu OPPO telah melakukan banyak uji kaji dan kerja keras terhada reka bentuk badannya.

oppo
oppo 

Apa maknanya kerjasama ini kepada OPPO? Ini adalah kali pergama Oppo bekersama dengan syarikat jenama kosmetik terkemuka, yang membuktikan telefon pintar bukan sekadar alat untuk berkomunikasi tetapi merupakan gajet yang mampu menyerap menjadi sebahagian daripada gaya hidup pengguna dengan memastikan keanggunannya.

Sebagai tambahan, hasil kerjasama dengan Shisiedo para pelanggan Oppo akan mendapat kotak hadiah edisi khas - menandakan telefon ini menggabungkan nilai-nilai estetika dan teknologi terkini.

Kotak hadiah ini turut hadir bersama gincu Rouge Rouge Shiseido yang berharga RM108 dan kad untuk mendapatkan khidmat solekan yang membolehkan pelanggan mendapatkan pengalaman khidmat solekan khusus untuk mereka yang memiliki Oppo F9 Starry Purple. - UTUSAN ONLINE