Geran bantuan berbentuk baucer itu diagihkan kepada 300 perniaga yang telah lulus temuduga pada 15 Disember lalu, dengan masing-masing menerima baucer barangan bernilai RM3,000 setiap seorang, hari ini.

Pengarah SSM negeri, Ab. Razak Isa berkata, geran yang disediakan itu bertujuan untuk membantu peniaga mengembangkan lagi perniagaan sedia ada.

"Terdapat 10 sektor perniagaan yang terpilih antaranya sektor makanan, jahitan, rumah tumpangan dan perniagaan dalam talian. Kita pilih peniaga yang baru memulakan perniagaan dan mempunyai inisiatif untuk mengembangkan perniagaan mereka.

"Kita akan pantau dan nilai semula mereka dalam tempoh tujuh bulan ini bagi memastikan mereka memanfaatkan barangan diberi sebaik mungkin kerana sebelum ini ada yang tidak guna barangan itu dengan baik sehingga perniagaan mereka juga gagal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran SSM Kepada Peniaga di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini hari ini.

Sementara itu,m, Azri Idlan Jamaluddin,29, merasa bangga menjadi salah seorang penerima dan akan manfaatkan bantuan itu sebaik mungkin dalam perternakan arnab pedaging miliknya.

"Saya mula menceburi perternakan ini pada pertengahan 2017, sebelum ini saya tidak dapat mengembangkan perternakan sedia ada disebabkan kekangan kewangan.

"Buat masa sekarang saya ada 10 set induk arnab spesis pedaging. Saya akan berusaha untuk kembangkan perniagaan ini yang masih boleh dikatakan agak baharu di negeri ini," ujarnya. - UTUSAN ONLINE