Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr. Hatta Md. Ramli berkata, usaha untuk membawa pelbagai teknologi yang dihasilkan syarikat-syarikat dari China memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk mempelajari serta menceburi sektor pembuatan dan robotik.

“Ini sejajar dengan rancangan kita untuk meningkatkan lagi jumlah usahawan tempatan yang mampu menghasilkan barangan elektronik untuk dieksport ke luar negara.

“Malaysia dan China sering mencari alternatif bagi memajukan teknologi dalam sektor-sektor tertentu dan pameran ini sudah tentu memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis tersebut di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE