Pengerusi The Edge Proper­ty Sdn. Bhd., Tong Kooi Ong berkata, tidak ada kumpulan pendapatan tertentu disasarkan tetapi konsepnya mudah, skim itu untuk pembeli yang mempunyai duit mencukupi atau mereka yang layak membuat pinjaman.

Katanya, FundMyHome yang melibatkan pembeli dan bank-bank mengambil bahagian da­lam pembiayaan pem­belian rumah, bukan satu penyelesaian kepada pemilikan rumah mampu milik.

Tong Kooi Ong
TONG KOOI ONG

“Sesetengah orang berfikir pe­ranan kami adalah untuk mem­be­kal­kan rumah kepada se­mua orang tetapi kita tidak bo­leh. Ba­gaimana seseorang dengan gaji sebanyak RM1,000 atau RM1,500 setiap bulan dan dua orang anak mempunyai wang RM60,000?

“Perumahan untuk golongan miskin adalah tanggungjawab agensi-agensi kerajaan bu­kan sek­tor swasta. FundMy­Home di­sifatkan sebagai pili­han alter­natif, bukannya pe­nye­lesaian uta­ma bagi isu pe­milikan rumah,” katanya pa­da sesi soal ja­wab FundMyHome di sini hari ini.

Portal FundMyHome.com telah di­lancarkan pada 4 November lalu me­re­kodkan kira-kira 4,000 pendaftaran dalam kalangan orang ramai yang berminat untuk me­ngetahui lebih lanjut.

Portal hartanah, EdgeProp.my selaku penyelaras mekanisme terbaharu pemilikan rumah, menerusi FundMyHome.com akan menawarkan kira-kira 1,000 unit kediaman merangkumi nilai hartanah bawah RM500,000.

Penawaran hartanah berke­naan membabitkan sembilan pe­maju iaitu EcoWorld Development Group Bhd.; IJM Land Bhd.; IOI Properties Group Bhd.; Mah Sing Group Bhd.; Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS); PNB Development Sdn. Bhd.; Sunway Bhd.; Trinity Group Sdn. Bhd. dan UEM Sunrise Bhd.

Mengenai kegagalan meka­nisme yang hampir sama di Ame­rika Syarikat (AS) dan China, Kooi Ong berkata, semua perkara baharu memerlukan ma­sa dan apa yang berlaku sekarang adalah isu persepsi.

Beliau yang tidak pasti sama ada model yang sama pernah diperkenalkan di negara luar menegaskan bahawa terdapat banyak kemungkinan dalam persekitaran digital meliputi pelbagai negara berbeza.

“Siapa sangka model perniagaan Grab dan Uber yang dahulunya tidak wujud dan dirasakan tidak mungkin kini telah berja­ya?

“Kami terbuka untuk mene­rima sebarang kritikan, komen dan pandangan malah bersedia untuk sebarang perbincangan de­ngan pihak berkepentingan dalam hal ini,” katanya.

Kooi Ong berkata, FundMyHome memerlukan pembeli rumah membayar sebanyak 20 peratus harga rumah menggunakan wang sendiri atau pinjaman bank manakala baki sebanyak 80 peratus pula dibantu melalui dana daripada pelabur.

“Penghuni rumah itu tidak bo­leh keluar dari komitmen se­pan­jang lima tahun ini kerana ia akan menimbulkan spekulasi kepada pasaran hartanah,” katanya.