Program tersebut bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang dan akan menampilkan empat sesi panel yang terbuka secara percuma.

Ia menampilkan kolumnis tetap Cikgu Saham yang disiarkan setiap Rabu di Utusanbiz, Zuraida Mohd. Zakaria.

Selain itu, ia turut disertai tiga lagi pakar dalam industri iaitu Pengurus Shariah & Governance of Islamic Capital Market, Bursa Malaysia Berhad, Muhammad Hasanan Yunus; Penolong Pengurus Pasaran Data Jualan dan Pemasaran SI Portal.com Sdn. Bhd., C.Y Leow dan Konsultan AFIQ Training & Advisory, Suzardi Maulan.

Paling istimewa, sesi Group Coaching bersama Cikgu Saham turut diadakan mulai pukul 8 sehingga 10 malam.

Dengan bayaran sebanyak RM90, peserta bukan sahaja mendapat peluang tambahan mempelajari ilmu saham secara lebih dekat dan terperinci bahkan akan menerima tawaran eksklusif langganan Akhbar Digital Utusan percuma selama setahun.

Bagi 500 peserta terawal, mereka akan menerima cende­ra­mata eksklusif daripada Utusan berupa majalah terbitan Kumpulan Utusan, pakej spa, sebatang pen sumbangan Bursa Malaysia dan risalah khas saham.

Antara penaja yang memberi sumbangan termasuk PM Securities, Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI), Shalsha Solutions (M) Sdn. Bhd., Jupiter Securities Sdn. Bhd., Bursa Malaysia, Hijabista dan Beyond Beauty.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai simposium tersebut boleh mendaftar secara dalam talian di http://bit.ly/simposiumsahamutusan2017 atau hadir terus ke meja urus setia pada hari tersebut untuk mendaftar.