Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud berkata, kerjasama itu akan membolehkan pengilang sektor terlibat untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dengan kecekapan sumber yang optimum.

“Siemens Malaysia akan menawarkan beberapa penyelesaian digital seperti Plant Wide Automation (PWA) yang merupakan sistem pengawalan dan pemantaun data pengeluaran kilang,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani MoU berkenaan di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Arham Abdul Rahman. - UTUSAN ONLINE