Dalam perjanjian itu Redbox akan menyediakan perkhidmatan logistik merentas sempadan ke Sabah dan Sarawak untuk Shopee bermula dengan perkhidmatan penghantaran secara langsung dari Shenzhen, China.

Ketua Pegawai Eksekutif Redbox, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, pihaknya amat teruja untuk terus bekerjasama dengan Shopee dan ia secara langsung memperlihatkan kejayaan Redbox dalam menawarkan produk berkualiti.

“Kami mempunyai 5,000 penerbangan setiap minggu ke lebih 130 destinasi dalam rangkaian AirAsia. Kami berharap untuk terus meluaskan perkhidmatan bersama Shopee ke Semenanjung Malaysia dan seterusnya ke seluruh Asean,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman rakan logistik antara Redbox dan Shopee di Ibu Pejabat AirAsia, RedQ di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE