Beliau, yang dilahirkan pada tahun 1991 adalah pengerusi dan pemilik bersama syarikat Empower Network yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat.

Latar belakang perjalanan Sharpe dan perniagaannya ini agak menarik dan anda boleh membaca tentang beliau de­ngan lebih mendalam di internet. Dalam artikel ini saya ingin fokus dan berkongsi dengan anda mengenai nasihat Sharpe untuk memperoleh pendapatan yang lumayan dan berte­rusan melalui internet. Beliau menyatakan terdapat enam langkah yang terbukti berkesan, yang dialami­nya sendiri. Ini nasihat Sharpe.

1. Baca dan perhati.

Kaji apakah yang berlaku kepada syarikat-syarikat internet yang ada dan bagaimana mereka mendapatkan pe­langgan mereka. Jangan fikirkan terlebih dahulu tentang bagaimana untuk mendapatkan trafik untuk laman web anda, cara meng­optimumkan enjin pencarian, cara pengik­lanan melalui media sosial dan taktik-taktik yang teknikal lain. Terdapat langkah yang lebih awal yang perlu anda lakukan, iaitu berhenti sejenak, baca dan perhatikan dengan lebih mendalam tentang bagaimana syarikat-syarikat seperti Google, Facebook, WhatsApp, Uber, Apple dan Airbnb contohnya, menggunakan internet dan bagaimana mereka mendapatkan pe­langgan berbayar yang setia. Adakah mereka fokus kepada jualan pada awal perniagaan mereka atau ber­usaha mewujudkan tawaran nilai atau value proposition yang amat kukuh kepada para pelanggan terlebih dahulu? Sebenarnya fokus mereka ialah memberikan tawaran nilai dengan menjawab segala kehendak dan keperluan yang diperlukan pengguna internet terlebih dahulu.

2. Tanya diri sendiri apakah yang anda ingin lakukan?

Apabila anda tahu bagaimana ‘permainan’ internet tadi, anda perlu fikir apakah yang anda ingin lakukan sebenar­nya? Adakah anda ingin menjadi seorang pakar media sosial, pemilik laman blog terkenal, pakar pemasaran digital atau apa? Apa pun pilihan anda, ternya­ta anda perlu menulis, perlu mempunyai laman web dan perlu juga mendapatkan trafik internet untuk datang ke laman web anda. Letakkan keutamaan untuk belajar teknik dan taktik perniagaan dan pemasaran internet daripada sumber yang betul. Untuk ini, anda perlukan wang. Tanpa wang, perjalanan anda akan terbantut.

3. Kesanggupan anda untuk ber­komunikasi dengan orang lain.

Cuba anda lihat sesetengah individu popular di Facebook, YouTube atau mana-mana saluran media sosial yang ada. Kesemua mereka mempu­nyai jumlah Like, komen atau perkongsian kandungan yang tinggi kerana mereka rajin membalas komen orang lain terhadap status yang dimuat naik. Mereka yang tidak popular pula tidak konsisten dalam berkomunikasi dengan pengikut mereka. Ternyata di sini, komunikasi adalah jambatan penting sama ada anda akan gagal ataupun berjaya.

4. Pilih industri yang anda ada kekuatan.

Kekuatan daripada aspek minat sahaja tidak mencukupi, anda perlu ada pengetahuan dan juga kepakaran. Dan ke­semua ini perlu diluahkan di laman web melalui penulisan.

Laman web anda perlu dijadikan rumah dan trafik-trafik yang dicari sama ada melalui media sosial, enjin penca­rian atau dari mana sahaja perlu kembali ke rumah. Berikan nasihat, pendapat dan petua-petua tertentu kepada pengikut anda. Bina kandungan yang menarik untuk membuatkan mereka datang.

5. Jangan percaya kepada individu yang datang dan menawarkan anda jalan pintas untuk berjaya.

Mereka adalah penipu besar kerana tidak pernah wujud jalan pintas untuk berjaya. Jika anda lihat usahawan-usahawan internet yang berjaya di luar, kesemua mereka telah melalui masa yang amat sukar sebelum berjaya.

Pastikan sumber pembelajaran dan nasihat yang diterima datangnya daripada profesional atau pakar dan bukannya daripada yang bukan ahli.

6. Fikirkan taktik untuk dapatkan jualan daripada tawaran nilai yang diberikan tadi.

Cuba fikirkan taktik ba­gaimana untuk mengubah mereka menjadi pelanggan berbayar anda. Mesej tentang tawaran nilai anda tadi perlu diulang-­ulang sehingga berjaya memujuk mereka perlahan-lahan untuk mereka setuju menjadi pelanggan anda.

Proses pe­ngulangan itu perlu dijadikan aktiviti anda yang konsisten dan berterusan. Hasil daripada ini tidak akan diperoleh de­ngan cepat, ada yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Ya betul, tahun dan bukan bulan.

AZLEEN ABDUL RAHIM adalah 
Pakar Pemasaran Digital. 
Ikuti pandangan beliau di azleen.com