Shaheizy Sam
SHAHEIZY SAM

Naib Presiden Pe­masaran Etika Sdn. Bhd., T.S Santharuban berkata, Shaheizy Sam akan bergan­dingan bersama penyanyi popular, Siti Nordiana bagi mempromosi kebaikan dan keriangan yang terdapat dalam setiap minuman Calpis.

Menurut beliau, aktor itu dikenali sebagai seorang yang serba boleh, berkarisma dan berbakat besar dalam bidang lakonan serta meraih pelbagai anugerah dalam kariernya.

“Kami mengalu-alukan kerjasama dengan Shaheizy Sam ke­ra­na beliau mempunyai persona­liti menarik dan gaya hidup aktif yang bertepatan dengan jenama Calpis.

“Minuman Calpis memberi ke­­le­gaan dalaman kepada pengguna dengan meningkatkan sistem penghadaman sekali gus menjadikan hidup mereka lebih sihat dan ceria,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Sementara itu, Sha­heizy Sam berkata, beliau teruja untuk menjadi sebahagian daripada kempen Goodness, It’s In Our Culture kerana menepati gaya hidupnya.

Katanya, Calpis fiber bukan sahaja mempu­nyai rasa yang enak malah ia ju­ga memastikan sistem pengha­daman dalam keadaan baik.

“Hidup saya menjadi ceria, po­sitif, terasa le­bih ringan dan sihat apabila sistem pengha­daman berfungsi de­ngan cekap,” ujarnya.

Terdapat pelbagai variasi perisa minuman Calpis seperti Original, Mangga, Anggur, Strawberi, Original Fiber dan Oren Fiber yang tersedia dalam saiz 350 mi­liliter (ml) dan satu liter.