“Pasaran hartanah di Malaysia mengalami peningkatan aktiviti pada separuh kedua 2018 susulan beberapa peluang boleh didapati di kawasan berbeza di seluruh negara, jika tiada sebarang kejutan luaran seperti kelembapan ekonomi global,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pandangan itu adalah sempena laporan penyelidikan terkini Knight Frank Malaysia, Real Estate Highlights 2nd Half of 2018 yang dilancarkan hari ini yang menekankan aliran hartanah dan unjuran dalam pasaran utama Malaysia.

Sementara itu, sektor perindustrian akan meneruskan daya tahannya kerana trajektori pertumbuhan yang menggalakkan dalam industri pembuatan utama.

Bagaimanapun, pasaran pejabat dan runcit dijangka kekal mencabar disebabkan paras bekalan yang meningkat, menurutnya.

Knight Frank Malaysia berkata, aktiviti simpanan tanah dalam kalangan pemaju harta­nah industri dijangka meningkat tahun ini.

Menurutnya, ia didorong permintaan berpotensi kukuh yang terus wujud di mana-mana khususnya bagi hartanah industri de­ngan spesifikasi tinggi, memandangkan penghuni memahami keperluan untuk beralih kepada Industri 4.0 dalam usaha merancang perniagaan masing-masing agar kekal pada masa depan.

Ini menunjukkan peluang unik bagi pemaju dan pelabur untuk mendapat pulangan menarik dengan menyediakan produk yang tepat kepada pengguna akhir.

Melangkah ke hadapan, Knight Frank Malaysia menjangkakan pembangunan industri berskala besar baharu akan membangun di lokasi strategik dipacu permintaan tinggi terhadap gudang.

Sebagai contoh, cadangan Zon Perdagangan Bebas (FTZ) di Pulau Indah, yang baru-baru ini dilancarkan oleh kerajaan, dijangka mencetuskan minat daripada pengilang dan pengendali logistik.

“Keseluruhannya, hartanah ind­ustri di Malaysia yang suram sejak beberapa tahun lepas, dijangka terus berdaya tahan,” menu­rut penasihat hartanah itu.

Knight Frank Malaysia menawarkan khidmat nasihat dan penyelesaian meliputi portfolio menyeluruh perkhidmatan hartanah serta berlesen untuk menjalankan penilaian/perun­dingan, agensi hartanah dan pengurusan hartanah. – BERNAMA