Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Segera laksana sistem kewangan Islam – Rais

Rais Yatim melancarkan buku Islamic Leadership Today karya Dr.
Rais Yatim melancarkan buku Islamic Leadership Today karya Dr. Adam Abdullah sambil diperhatikan oleh Abdul Rahman Omar (kiri) dan Khaliq Ahmad (kanan) pada Forum Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam di Shah Alam, Selangor, semalam. MINGGUan/ Saharuddin Abdullah

SHAH ALAM 11 Mac - Malaysia serta negara-ne­­gara Islam lain di Asia Teng­gara tidak perlu me­nunggu persetujuan pihak lain bagi memulakan pelaksanaan sistem ke­wangan dan perbankan Islam.

Menurut Pengerusi Lembaga Penasihat Majlis Pendidik Kewa­ngan Islam Antarabangsa (ICIFE), Tan Sri Dr. Rais Yatim, ini kerana pelaksanaan sistem kewangan Is­lam mempunyai peranan serta potensi besar dalam mengimba­ngi sistem kewangan dan perbankan konvensional yang diamalkan di seluruh dunia ketika ini.

Menurut beliau, Malaysia dan beberapa negara di rantau ini se­perti Indonesia, Brunei, Singapura serta selatan Thailand mempunyai bilangan umat Islam yang ramai dan jumlah itu jika digabungkan mengatasi populasi umat Islam di rantau lain termasuk di Asia Barat.

“Justeru, dalam memulakan serta menyebarluas sistem kewa­ngan dan perbankan Islam seha­rusnya negara-negara Islam di Nusantara perlu memulakan inisiatif itu terlebih dahulu.

“Dengan populasi umat Islam dianggarkan seramai 300 juta orang di rantau ini, sistem kewa­ngan dan perbankan Islam mampu digerakkan dengan kesempurnaan. Justeru, tidak perlu kita menunggu negara-negara Islam lain termasuk dalam kalangan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk bersetuju melaksanakan sistem itu secara meluas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan ICIFE dan Forum Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam di Hotel Universiti Teknologi Mara (Hotel UiTM) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden ICIFE, Dr. Khaliq Ahmad dan Timbalan Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir Abdul Rahman Omar.

ICIFE ditubuhkan pada Janua­ri 2014 merupakan satu inisiatif pendidikan membabitkan kerja­sama 12 buah institusi pengajian tinggi awam di negara ini yang diterajui Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi membangunkan program, kualiti kurikulum, profesionalisme serta bakat tenaga pengajar dalam bidang kewangan Islam.

Dalam pada itu, Rais yang juga Penasihat Sosiobudaya Kerajaan berkata, walaupun pelaksanaan sistem kewangan dan perbankan Islam dilihat masih perlahan, namun perkembangannya semakin positif selain mampu menjadi alternatif bagi menggantikan sistem konvensional yang sedia ada.

“Malaysia sendiri sebagai contoh merupakan antara pusat utama sistem kewangan Islam dari segi pasaran perbankan, sukuk dan ekuiti,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain