Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, penyediaan rangka tersebut akan melibatkan semua pihak berkepentingan di peringkat kerajaan Pusat dan kerajaan tempatan.


“Penghasilan kerangka ini juga akan melibatkan wakil-wakil sektor swasta bersama MyHSR Corporation dan Unit Perancang Ekonomi (EPU). SDF ini adalah berdasarkan kepada tiga komponen iaitu ekonomi, inklusiviti dan kelestarian,” katanya ketika berucap menyempurnakan Sesi Pelancaran Perlaksanaan SDF MyHSR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE