Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, ini susulan pengumuman oleh Menteri Alam Sekitar Perancis, Nicholas Hulotbaru-baru ini yang mencadangkan pelaksanaan langkahl ebih ketat untuk mengehadkan penggunaan minyak sawit dalam bahan api bio atas alasan bertujuan mengurangkan pembasmian hutan di negara asal komoditi itu.

"Ini memberi tekanan terhadap industri minyak sawit serta pengeluarnya. Saya percaya serangan sedemikian perlu dihentikan dalam usaha memastikan perdagangan antara Malaysia dan Perancis kekal kukuh dan dapat berkembang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Pameran Pemindahan Teknologi 2017 (TOT 17) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Siew Keong berkata, sebahagian besar kenyataan oleh Menteri Perancis itu juga tidak tepat yang mana lebih 65 peratus daripada pengeluaran biji sesawi telah ditumpukan untuk digunakan sebagai bahan api bio dan berkaitan tenaga boleh baharu.

"Namun Eropah termasuk Perancismasih gagal memenuhi sasaran ketetapan mandat Arahan Tenaga Boleh Baharu (RED) dan sebaliknya terus bergantung kepada minyak import termasuk minyak biji bunga matahari, kacang soya dan sawi tun tukmenampungpermintaan dalamEropah.

"Hulot ternyata mengenepikan fakta bahawa minyak sawityang digunakan di Eropah mengikut mandat RED mestilah daripada sumber mapan yang disahkan," katanya.

Siew Keong berkata, Malaysia sebagai pengeluardan pengeksport utama minyak sawit dan secara tradisi menggalakkan pengeluaranminyak sawit secara mapan, akan melaksanakan pensijilan kelestarian peringkat industri menerusi Standard Minyak Sawit Mapan.

"Saya mahu menegaskan bahawaminyak sawit Malaysia bukanlah pemacu atau punca pembasmian hutan tropika," katanya.

Mah turut menggesa Perancis serta negara-negara Eropah lainnya untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menangani kebimbangan mengenai aspek kemapanan daripada menumpukan langkah berbentuk 'menghukum'y ang tidak memberi sebarang manfaat.

Sementara itu, acara tahunan TOT 17 yang dianjurkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia, bertujuan mengetengahkan teknologi dan perkhidmatan baharu dalam industri minyak sawitserta menggalakkan usahawan mengkomersialkan inovasi mereka.

Tambah Siew Keong, k18 teknologi baharudan sembilan perkhidmatan baharu meliputi aktivitidi peringkat huluan, hiliran dan pertengahan industris sawiy takan diperkenalkan pada program sehari berkenaan. - BERNAMA