Wearnes Autohaus yang merupakan sebuah pusat jualan produk dan perkhidmatan BMW terbesar di negeri ini yakin sasaran itu dapat dicapai berdasarkan peningkatan jualan setiap tahun. 


Pengedar Utama Wearnes Autohaus Tebrau City, Alisa Khoo berkata, tambahan pula pada tahun ini Kumpulan BMW akan memperkenalkan lima model baharu produknya.


“Ini sudah tentu dinanti-nantikan pelanggan dan peminat produk BMW. Sejak Wearnes Autohaus Tebrau City ditubuhkan lima tahun lalu, kita sudah menjual kira-kira 2,000 buah motosikal dan kereta BMW,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Wearnes Autohaus Celebrates It’s 5th Anniversary In Johor di Taman Desa Tebrau, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE