Lebih-lebih lagi apabila Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Usahawan mengambil pendekatan mewujudkan Sarawak Product Pavillion (SPP) di Kuala Lumpur, ramai usahawan Sarawak dapat memperkenalkan produk mereka.

Menurut satu kenyataan, SPP berfungsi sebagai platform untuk usahawan Sarawak menembusi pasaran Semenanjung Malaysia dan seterusanya ke peringkat global.

SPP dibangunkan di kawasan beli-belah yang terkenal di Jalan Tuanku Abdul Rahman (No. 293 & 292) dan majlis perasmian dihadiri Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Datuk Mohd Naroden Majais dan Menteri Muda E-Dagang, Dr. Abdul Rahman Ismail. - UTUSAN ONLINE