Antara bank yang menyertai Samsung sebagai rakan kerjasama perkhidmatan pembayaran mudah alih itu adalah CIMB, Citibank and Standard Chartered dan Hong Leong Bank (tidak lama lagi).

Naib Presiden, Unit Perniagaan Mudah Alih & IT Samsung Malaysia Electronics, Lee Jui Siang berkata, kerjasama itu akan menambah baik hubungan sedia ada dengan Maybank yang merupakan rangkaian pembayaran utama Samsung Pay.

“Samsung Pay merupakan platform pembayaran mudah alih yang bukan sahaja menyokong peralihan ke arah dompet digital malah menyediakan ekosistem ‘e-payment’ lebih selamat,” katanya dalam majlis pelancaran Samsung Pay di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE