Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, tindakan sedemikian juga mampu membunuh peluang eksport barangan pertanian lain ke negara luar jika tidak dibendung.

“Tindakan Singapura (menarik balik salad) itu kita tidak boleh pertahankan produk-produk (petani) kita yang melanggari tahap racun yang diizinkan, kerana kita juga akan ambil tindakan sama sekiranya mana-mana produk pertanian dari luar negara yang diimport melanggari peraturan itu.

“Mengambil pengajaran itu saya rasa jangan kita ambil jalan singkat untuk nak cantikkan produk sehingga kita guna racun yang berlebihan, harap petani-petani kita lebih berwaspada dan cermat pada masa akan datang,” katanya selepas merasmikan Hari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Johor 2018 di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Sallehuddin Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal dan Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd. Noor.

Salahuddin mengulas berkaitan penarikan semula produk Iceberg Lettuce (sejenis salad) yang dieksport ke Singapura kerana dicemari bahan kimia fipronil yang turut dijual di pasaran tempatan dengan jenama Vege 2 Fresh. - UTUSAN ONLINE