Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 17.7 peratus berbanding Oktober tahun lalu.

“Eksport utama negara yang menyumbang kepada pertumbuhan ini adalah dalam sektor elektrik dan elektronik, petroleum, kimia, besi dan kelapa sawit. 

“Antara faktor yang menyumbang kepada pencapaian ini adalah keyakinan pasaran antarabangsa terhadap produk keluaran negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE