Menurut BNM, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.

“Rizab mata wang asing menyumbang sebahagian besar daripada rizab tersebut iaitu AS$96 bilion (RM400.24 bilion) manakala rizab Dana Kewa­ngan Antarabangsa (IMF) ialah AS$900 juta (RM3.75 bilion).

“Bagi rizab-rizab lain terma­suk Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR) pula ialah AS$1.1 bilion (RM4.59 bilion) diikuti emas AS$1.5 bilion (RM6.25 bi­lion) dan aset rizab lain, AS$2.2 bilion (RM9.17 bilion),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas BNM, jumlah aset bank berjumlah RM443.016 bilion manakala mata wang dalam eda­ran berjumlah RM103.141 bilion.