Bank pusat dalam kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh  dan 1.0 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing berjumlah US$95.6 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$900 juta),  Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan lain-lain aset rizab (US$2.3 bilion).

Aset BNM terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR yang berjumlah RM420.10 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.39 bilion),  pinjaman dan pendahuluan (RM6.93 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion) dan aset lain (RM9.80 bilion).

Liabiliti pula meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM133.78 bilion), mata wang dalam edaran (RM104.59 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM158.16 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.39 bilion), deposit-deposit lain (RM748.05 juta), kertas BNM (RM26.03 bilion), peruntukan SDR (RM7.77 bilion),dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.82 bilion).-BERNAMA