"Kedudukan ri­zab itu mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek," kata bank pusat dalam kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$95.0 bilion), kedudukan rizab Dana Monetari Antarabangsa (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab yang lain (AS$3.0 bilion).

Aset-aset pula terdiri daripada emas dan tukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM428.909 bi­lion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.001 bilion), deposit de­ngan institusi kewangan (RM4.481bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.740 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset lain (RM7.420 bilion). –BERNAMA