Pada 6 petang, unit tempatan itu didagangkan pada 3.9835 / 9875 berbanding dolar US daripada 3.9920/ 9960 yang direkodkan pada Rabu lepas.

Seorang peniaga berkata dolar US yang lebih lemah sebelum mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) hari ini telah mengurangkan kesan daripada keputusan Rizab Persekutuan AS untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25 peratus bagi kali kedua pada tahun ini kepada antara 1.75 dan dua peratus.

"Dilaporkan kemungkinan ECB akan menamatkan pembelian asetnya menjelang akhir tahun pada pertemuan itu, ini akan mengimbangi dolar US dan membantu mengukuhkan mata wang baru muncul, termasuk ringgit berbanding dolar US," katanya.

Sementara itu, peniaga berkenaan memberitahu pasaran tempatan masih lagi lengang berikutan cuti sempena Hari Raya, ramai peniaga telah memulakan cuti mereka dan ini memendekkan minggu yang ada untuk transaksi.

Pasaran Jumaat ditutup sempena Hari Raya.

Pada penutup, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang.

Ia susut berbanding pound British kepada 5.3506 / 3576 daripada 5.3241/3311, turun berbanding yen kepada 3.6230/6270 daripada 3.6097/6140 dan susut berbanding euro kepada 4.7097/7160 daripada 4.6922/6973.

Ia bagaimanapun naik berbanding dolar Singapura, melonjak kepada 2.9861/9896 daripada 2.9874/9908.-- BERNAMA