Pada pukul 6 petang tadi, unit tempatan ditutup pada 4.0020/0070 berbanding dolar daripada 4.0090/0120 pada Selasa.

Seorang peniaga berkata, harga minyak mentah yang tinggi menyokong ringgit, memandangkan Malaysia yang merupakan pengeksport bersih minyak dan gas, bergantung besar kepada pergerakan harga komoditi ini.

"Menurut Reuters, gred minyak mentah Asia sudah pun melepasi purata US$70 (RM280.00) setong, manakala penanda aras harga minyak mentah Brent mencecah US$69.15 (RM276.60) setong hari ini, paras tertinggi sejak Mei 2015.

"Ini meningkatkan sentimen ke atas ringgit," katanya. Berbanding sekumpulan mata wang utama, unit tempatan didagangkan kebanyaklannya tinggi, kecuali yen.

Ringgit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9975/9024 daripada 3.0023/0052 pada penutupan Selasa, mengukuh berbanding euro kepada 4.7776/7844 daripada 4.7863/7903 semalam dan meningkat berbanding pound kepada 5.4019/4090 daripada 5.4238/4294 semalam.

Berbanding yen, unit tempatan itu susut kepada 3.5806/5857 daripada 3.5512/5548 pada Selasa. - BERNAMA