Pada 9.04 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada paras 4.1070 / 1150 berbanding dolar AS daripada 4.1120 / 1170 semasa ditutup pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata penyambungan semula projek ECRL telah memberikan rangsangan kepada mata wang tempatan dan meningkatkan momentumnya dalam jangka terdekat.

Sementara itu, ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding kalangan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0348 / 0412 daripada 3.0367 / 0406 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6673 / 6754 daripada 3.6744 / 6798

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.3752 / 3874 daripada 5.3760 / 3842 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6417 / 6516 daripada 4.6519 / 6596. - BERNAMA