ANTHONY DASS
ANTHONY DASS

Ketua Ekonominya, Anthony Dass berkata, unjuran itu seiring dengan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) semalam yang mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Katanya, ini secara tidak langsung menyokong pengukuhan ringgit berbanding dolar AS de­ngan rizab luar BNM juga me­ningkat kepada AS$101.5 bilion (RM428.9 bilion) setakat 31 Oktober 2017.

Di samping itu, katanya, ia turut disokong dengan aliran ma­suk asing berjumlah RM9.8 bilion, pegangan asing Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) pada 42.7 peratus dan deposit mata wang asing yang lebih stabil sekitar tujuh peratus.

“Keputusan BNM ini turut menyokong pandangan kami yang menjangkakan kenaikan 25 hingga 50 mata asas pada 2018.

Walaupun kami mengunjurkan ringgit akan berlegar pada RM4.31 hingga RM4.33 berban­ding dolar AS bagi tahun ini dan berakhir pada RM4.15 hingga RM4.18, tetapi kami berharap ringgit boleh mengukuh kepada RM4.205 bagi purata 2018 sebelum berakhir pada RM3.950,” katanya da­lam nota kajian di sini hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Da­sar Monetari (MPC) BNM mengekalkan kadar OPR dengan mengambil kira pertumbuhan ekonomi negara se­makin mantap apabila prestasi ke­dua-dua sektor domestik dan luaran terus berkembang.

Menurut kenya­taan BNM, da­lam keada­an makro­ekonomi global dan dalam negeri yang kukuh, MPC mungkin mempertimbangkan un­tuk mengkaji tahap akomodasi dasar monetari pada masa ini dan ia adalah perlu untuk memastikan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia terus mapan.

Pada 9.05 pagi ini, ringgit di­niagakan 160 mata asas lebih baik kepada RM4.1890 berban­ding dolar AS selepas ditutup pada RM4.2050 semalam. Petang ini ringgit ditutup pada RM4.1930 berbanding do­lar AS.

Sementara itu, me­nurut Affin Hwang Capital, BNM akan menaikkan OPR pada 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada separuh kedua 2018 berdasarkan momentum ekonomi semasa yang kukuh terutama persekitaran ekonomi global.

Kata­nya, ke­nai­kan ini dipercayai akan dibuat secara ber­pe­ringkat dan ber­gantung kepa­da pertumbuhan makro serta data Indeks Harga Pengguna (CPI) berikutan faktor-faktor se­perti dasar monetari AS dan pengurangan dalam imbangan tunai Rizab Persekutuan AS.

MIDF Research bagaimanapun yakin BNM tidak akan menaikkan kadar tersebut pada tahun hadapan di sebalik pertumbuhan makroekonomi yang mapan di Malaysia.