Ketua Perbankan Perniagaan dan Transaksi kumpulan, Jeffrey Ng Eow Oo berkata, platform itu menawarkan pengalaman permohonan pinjaman mudah dengan hanya 10 minit dan pembiayaan akan diperoleh dalam tempoh lima hari bekerja. 

Kata beliau, PKS dengan perolehan kurang daripada RM35 juta setahun layak untuk memohon pinjaman tersebut yang menawarkan tempoh minimum enam hingga 24 bulan bagi pembiayaan antara RM50,000 dan RM300,000. 

“PKS kini berpeluang untuk mendapatkan pinjaman bagi membiayai modal kerja dengan hanya menggunakan hujung jari mereka,” katanya ketika menyampaikan pembentangan tentang platform itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE