Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, aplikasi MyHome membolehkan pelanggan untuk memohon pembiayaan rumah, menghantar dokumen berkaitan dan menyemak status permohonan menggunakan telefon pintar.

Katanya, aplikasi itu boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play Store.

“Sementara itu, Banking-at-Your-Doorstep meliputi perkhidmatan menghantar kad debit ke rumah atau pejabat pelanggan yang membuka akaun secara dalam talian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE