Presiden dan Pengarah Urusan QES, Chew Ne Weng berkata, penyenaraian itu membolehkan fleksibiliti terhadap kewangan syarikat dalam mengembangkan lagi bahagian pengedaran dan pembuatan.

Jelas beliau, ia juga akan meningkatkan reputasi Kumpulan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan syarikatnya.

“Penyenaraian ini tepat pada masanya seiring pertumbuhan mampan syarikat sejak 26 tahun lalu. QES kini mempunyai lebih daripada 2,400 pelanggan dan telah memasang 8,000 unit peralatan di rantau ASEAN,” katanya dalam majlis penyenaraian QES di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE