Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MENCUBA membeli-belah se­cara dalam talian baru-baru ini, nyata memberi penga­laman baharu yang menye­ronokkan. Tapi tidak semua. Bergan­tung kepada jenis barangan dibeli.

Yang paling bagus ialah produk ubat. Menerusi paparan iklan, kita dapat meneliti tawaran harga paling rendah untuk produk yang kita inginkan. Lunaskan pembayaran dan tunggu barang sampai.

Saya mengesan perbezaan membeli ubat ini dengan pakaian. Proses sama. Kita dapat memilih harga terendah dan bayar, kemudian tunggu saja barang sampai. Beza produk ubat ialah ia datang seperti dinyatakan dalam iklan. Tetapi pakaian, agak berisiko.

Saya beli seluar untuk aktiviti berbasikal. Sebenarnya semua bagus. Saiz tepat dan selesa. Tetapi kualiti hambar. Dua bulan pakai kepala tali pinggang tertanggal. Zip poket rosak. Jika hanya zip poket, boleh sabar lagi. Bila tali pinggang rosak, seluar itu tidak sesuai diguna beriadah kerana berisiko terlondeh. "Bencana alam" jika terlondeh.

Kedua-dua produk di atas menjadi asas kepada perbincangan dengan beberapa rakan yang kini hobi mereka, membeli-belah dalam talian menerusi pelbagai platform pasar maya yang begitu banyak sekarang. Dari tudung hingga minyak wangi dan sabun mandi, semua dibeli dalam talian dan dihantar oleh kurier. Tidak perlu lagi ke pusat beli-belah.

Hujah saya, bila membeli barangan tertentu seperti ubat yang saya sebut di atas selain minyak wangi dan sabun mandi, misalnya, mungkin itu contoh positif pembelian dalam talian.

Bab pakaian ini agak berisiko. Ada yang merungut kualiti kain seperti guni dan aksesori tidak tahan lama. Maka, pembelian pakaian lebih afdal dan memuaskan hati dilakukan seca­ra tradisional iaitu ke kedai supa­ya jari kita boleh menyentuh kain, meneliti aksesori dan mencuba pakai.

Tetapi itu pengalaman negatif saya. Mungkin anda sebaliknya. Tidak mengapa. Cuma untuk mengatakan pusat beli-belah akan ketandusan pengunjung, pun tidak berapa tepat.

Apatah lagi ia kekal menjadi destinasi untuk mendapatkan pendingin hawa percuma di hujung minggu yang panas terik. Oleh itu, pusat beli-belah yang kedekut pendingin hawa haruslah tidak dikunjungi, selain yang mengenakan caj untuk penggunaan tandas dan meletak kereta yang mahal.

Merrepak hari ini memfokus kepada sektor e-dagang kerana seiring dengan perkembangan teknologi maklumat sekarang, semua orang tidak dapat mengelak daripada mencuba dan menggunapakainya.

Seperti yang saya sebut di atas, membeli-belah dalam talian ada fak­tor positif dan negatif. Lihat kepa­da aspek positif, nyata ia lebih besar berbanding negatif. Jimat masa, jimat kos pengangkutan, boleh mendapatkan harga terendah dan meneliti pelbagai jenis jenama produk tertentu tanpa perlu menjelajah ke segenap penjuru pusat beli-belah.

Sektor e-dagang di negara ini dianggar bakal mencecah RM24.5 bilion menjelang akhir tahun ini dengan unjuran sumbangan lebih 20 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2020.

Firma iPrice Group dalam kaji selidik terbaharunya, banyak memberi perspektif mengenai masa hadapan e-dagang di Malaysia, yang boleh dijadikan panduan kepada anda, yang berminat berniaga secara dalam talian.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain