Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, ini kerana tambahan RM23 ringgit yang dikenakan ke atas caj perkhidmatan penumpang (PSC) dilihat sebagai hanya memberi manfaat kepada pemegang saham MAHB bukannya pengguna KLIA2.

“Kami akan bersungguh-sungguh menentang kes saman ini. Kami tidak akan bersekongkol dalam skim membebankan rakyat yang memerlukan mereka membayar lebih untuk perkhidmatan yang tidak berkualiti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syarikat itu berkata, peningkatan harga tidak wajar seperti PSC yang dikenakan MAHB akan memberi kesan yang tidak diingini apabila para pelanggan mereka yang tidak mempunyai pilihan lain tetapi menggunakan perkhidmatan mereka.

“Pada ketika itu, semuanya akan turut menjunam termasuklah ketibaan para pelancong ke Malaysia, pembelanjaan berbilion oleh para pelancong di Malaysia dan juga keuntungan MAHB sendiri,” katanya.

MAHB merekodkan keuntungan bersih lebih dari tiga kali ganda pada 2017 iaitu pada kadar RM237 juta peningkatan daripada RM73 juta pada tahun sebelumnya.

Jumlah itu juga dua kali ganda daripada keuntungan RM40 juta pada 2015 dan dijangka mencatat rekod baharu tahun ini.

Peningkatan mendadak keuntungan MAHB itu dikaitkan dengan dua faktor iaitu peningkatan PSC dan jumlah penumpang menerusi lapangan-lapangan terbang mereka. -UTUSAN ONLINE