ALVIN GILL

Pengurus Besar Negara ShopBack Malaysia (ShopBack), Alvin Gill berkata, permintaan tersebut meningkat sejak beberapa ming­gu lalu terutama apabila AirAsia memperkenalkan tambang tetap untuk semua pengundi.

“Tempoh puncak berikutnya bagi tempahan perjalanan sele­pas pameran MATTA pada Mac lalu sepatutnya menjadi dua minggu hingga sebulan sebelum Hari Raya, tetapi trend pembelian tiba lebih awal tahun ini disebabkan tarikh PRU-14 jatuh sebelum Ramadan.

“Ini secara tidak langsung menyaksikan purata jualan bagi perjalanan meningkat 26 peratus sejak hari pengundian diumumkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

ShopBack merupakan platform peneraju atas talian bagi pulangan tunai dan menjalin kerjasama dengan pelbagai laman web pengangkutan dan penginapan di Malaysia.

Buat masa ini, ShopBack mempunyai lebih sejuta pengguna di Malaysia dan telah menghargai mereka dengan mengembalikan ganjaran tunai lebih RM25 juta. Selain Malaysia, ShopBack juga ada di Singapura, Thailand, Taiwan, Indonesia dan Filipina.

Menurut data ShopBack, rakan kerjasama yang menawarkan diskaun penerbangan dan tiket bas termasuk kad petrol isian semula adalah yang paling dicari di bawah laman web dan aplikasi ShopBack.

Alvin berkata, pengguna ShopBack juga boleh membeli tiket AirAsia menerusi Traveloka dan Expedia serta pada masa sama menikmati penjimatan kembali tunai daripada setiap transaksi yang dibuat.

“Sebagai tambahan, tiket bas, kad hadiah Petronas daripada Lazada dan 11Street adalah antara produk yang paling laris dijual sepanjang April,” katanya.

Sementara itu, data ShopBack juga menunjukkan rakyat Malaysia paling kerap mengunjungi Kuala Lumpur, Melaka dan Johor bagi destinasi domestik manakala Jepun pula negara kedua paling popular diikuti Taiwan, Indonesia dan Thailand.

“Rakyat Malaysia suka men­gembara dan cabaran ekonomi tidak akan menghentikan minat mereka. Selain terbang ke luar negara, ramai juga memilih untuk mengembara di dalam Malaysia dan memilih penginapan yang lebih baik seperti hotel empat bintang, KSL Hotel dan Hatten Hotel Melaka.