Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata, sama seperti bulan sebelum ini, Proton masih menye­rap jumlah cukai untuk kese­mua modelnya dan promosi itu mendapat tarikan dan sokongan daripada pembeli.

Katanya, Proton meneruskan dasar harga tanpa SST untuk semua model semasa bagi

ABDUL RASHID MUSA
ABDUL RASHID MUSA 

memudahkan pelanggan memiliki kenderaan jenama berkenaan.

Jelas beliau, pihaknya turut membawa jenama Proton lebih mudah didekati dengan me­nyertai siri jelajah dan karnival, sekali gus menyediakan lebih banyak saluran untuk melihat, menguji dan membeli kereta Proton.

“Tetapi pada November terdapat kekangan sumber yang telah mengehadkan bilangan kereta yang dapat kami hasilkan.

“Oleh itu, syarikat ingin memohon maaf kepada semua pengedar kerana tidak dapat memenuhi komitmen kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Pegangan pasaran pada peratusan jumlah keluaran industri (TIV) Proton dianggarkan sebanyak 10.2 peratus, tetapi angka sebenar hanya akan disahkan selepas data jualan industri dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA),” katanya.

Pada Disember 2018, Proton akan meraikan kemenangan Sepang 1,000 Kilometer (S1K) baru-baru ini melalui promosi Rebat Juara.

Abdul Rashid berkata, kemenangan menggunakan Proton Iriz membuktikan kelajuan dan pengendalian yang ada dalam setiap model Proton.

“Ia turut mempamerkan kebolehan kereta kami, pemenang perlu mengharungi 1,000 kilometer pemanduan yang sukar dalam situasi perlumbaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, tarikh pelancaran Proton X70 telah ditetapkan pada 12 Disember..