Ini  termasuk dalam bidang pengilang komponen, pembekal bahan-bahan serta rangkaian penjualan dan pengedaran.

Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari berkata, kerjasama unik itu akan menggabungkan program pembangunan kapasiti pihaknya dengan kebolehan pembiayaan oleh MIDF untuk menawarkan satu program yang komprehensif.

“Kerjasama strategik ini adalah penting untuk menyokong komuniti automotif tempatan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Program Pembangunan Industri 4.0 MAI-MIDF di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.