Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor berkata, pencapaian tersebut adalah positif walaupun jumlah unit hartanah yang dilancarkan dalam separuh pertama turun 12 peratus kepada 9,089 buah berbanding 13,276 buah dalam separuh kedua 2016. 


Katanya, permintaan tinggi juga dapat dilihat bagi projek perumahan dua ke tiga tingkat dan kediaman satu tingkat selain apartmen servis serta rumah kos rendah. 


“Walaupun jangkaan awal terdapat 21,899 unit hartanah dilancarkan dalam separuh pertama 2017, namun hanya 9,089 telah berjaya dilancarkan oleh pemaju disebabkan beberapa faktor termasuk keadaan pasaran dan kesukaran pembiayaan. 


“Namun begitu, pemaju telah berjaya meningkatkan jumlah unit yang terjual dengan kebanyakan pembeli merupakan pembeli rumah pertama,” katanya taklimat Kaji Selidik Industri Hartanah Separuh Pertama 2017 dan Prospek Pasaran Separuh Kedua 2017 serta Separuh Pertama 2018 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE